Sejujurnya aku rasa amat bersyukur sbb dapat dtg ke UK..(Alhamdulillah)
Tapi nak dapat datang ke sini buka proses yang mudah. Amat sukar, perih, pedih, pilu, sedih, (ape lagi nak tulis..??) in fact ramai yang give up di pertengahan jalan, bukan sebab tak dapat atau tak cukup bagus tapi proses cerewet yang menyebabkan ramai yang berundur diri.
kat sini aku akan sarankan proses (mengikut flow yang In Sha Allah akan membantu (bukan 100% berkesan untuk semua orang). Ni berdasarkan kesimpulan yang boleh aku buat sebab aku tak begitu mengikut flow ni so aku rasa agak sukar bagi aku, tapi menurut kawan2 aku yang ikut flow ni betul2, diorang agak senang la nak uruskan proses pegi belaja ke obersea.
- Apply university kat UK/US/Aust/NZ
- University akan terima jugak kita walaupun kita xda IELTS?TOEFL tapi diorang akan bagi conditional Offer Letter. Once kita da lulus IELTS/TOEFL baru dirang akan proceed dgn bagi Unconditional offer letter. Pentingnya Unconditional offer letter ni sebab kalau korang mohon Scholar, diarang selalunya akan lebih memandang orang yang ada unconditional offer letter. Tapi xpa, kalau korang ikut yang aku tulis ni, In Sha Allah korang da prepare awal dan dapat sediakan unconditional offer letter korang before exam.
- Boleh dikatakan semua uni akan mintak kita punye IELTS/ToEFL results. klu kita xda 2 ni diorg akan minta GCEO(sijil english yang diberi sekali dengan SPM cert) selalunya valid klu korang dapat B4 keatas. Kalau bawah pada tu proceed dengan IELTS la kann. GCEO ni boleh ambil di sekolah korang. Mcm aku sepatutnya boleh gi amik tapi nakgi amik kat Melaka, tapi memandangkan time tu aku kat kuching, nak balik kg, gi melaka pulak..bla3, xkose la..hahahahha..so, aku proceed dgn IELTS kat Kuchcing Sarawak.
- Apply IELTS (UK/Oz/NZ) TOEFL (US)
- klu university korang boleh wave gune GCEO, aku sarankan korang buat gune GCEO je sbb nak amik IELTS/TOEFL ni agak leceh/cerewet. Dengan mahal nak kene bayar lagi. Dahtu kalau korang failed(Nauzubillah) duit korang burn mcm tu saja. Kelayakan setiap uni berbeza. Ade Uni nak band 6. Ade yang nak 5.5 je tp kne dapat speaking atleast band 6 (ni uni aku laa). Korang boleh baca pasal proses IELTS di Kuching sarawak kat entri ni.
- Apply Pascasiswazah
- Last skali bile korang da buat 2-2 benda kat atas ni, korang akan dapat unconditional offer letter. time tu baru aku sarankan korang mohon pascasiswazah. Boleh kalau nak mohon pasca sebelum korang dapar offer letter (to be honest aku pon apply after aku buat ujian pasca) tapi chances untuk dapat tu kurang la berbanding orang yang dah ada offer letter. So, belajar dari kesilapan, buatla ikut flow yang betul, sebab atleast korang tenang sikit nak pegi ujian pasca siswazah tu nanti..huhuhuhu
In the end, kita hanya mampu merancang, Allah s.w.t yang menentukan semuanya. Kepada yang nak memohon pascasiswazah, korang semua ada potensi, jadi yang penting kena yakin. Semoga entri yang tak seberapa ni dapat memberikan sedikit idea macamana nak mulakan perjuangan korang. Good Luck!!
Alhamdulillah saya masih bernafas dibumi Allah sehingga detik ini.






0 comments:
Post a Comment