Tuan tanah mengucapkan selamat datang kepada semua..be positive everyday!!
RSS

Pages

Sunday, July 27, 2014

Salam Perantauan 1 Syawal 1435H


Assalamualaikum w.b.t

Ada baiknya aku mulakan dengan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri.Entri kali ni adalah sebahagian ucapan hari raya aku tahun 2014.. Aku suka sangat ucapan raya watsapp, sebabnya? sangat cantik dan kreatif. Aku yang xbrape nak kreatif ni buat lah entri salam perantauan yang tak berapa nak sendu..(kalau kat Malaysia xde nak buat entri time malam2 raya ni..nak kene bahan ke ape?? mak ngan kakak2 aku sume sibuk kat dapo, sibuk dok ketik2 keyboard..mmg kene laa)
Kadang2 kita tak sedar tau, lepas kita kenal kawan2 kata bertahun2 sebenarnya diorang ni da macam new addition in you family tree. Sebab tulah kadang-kadang kita ni kalau cakap main lepas je, kalau pegi makan mintak2 belanja lah, kalau mintak pape pun macam tak malu je..sebabnya?? dalam hati kita da assume diorang macam family. Family itu saling berterus terang, saling memaafkan, saling mintak lauk sedap yang ada kat pinggan org sebelah, saling kentut dengan tak malunya..sebabnya?? 
"we're family, and that's the definition of family in my life dictionary". 
Dan aku rasa adalah sangat selfish kalau hanya aku yang berfikir demikian tapi definisi orang lain adalah berlainan dengan apa yang ada dalam minda aku ni. Sebab tu aku rasa kadang kadang dalam hidup ni aku buat sesuatu yang berlebihan, tapi sebenarnya aku tak bermaksud (kiranya ala2 tindakan luar kawalan la giteww).
Oleh itu, aku nak memohon ampun dan maaf sekiranya tarkasar dalam berbicara, mohon maaf sekiranya ada perbuatan/ perkataan yang menyinggung perasaan, mohon dihalalkan apa yang terambil atau termakan (sebab aku tau, aku makan banyak), mohon dimaafkan zahir dan batin. Kalau ada rezeki, kita jumpa lagi.wassalam,
Lyssa Binti DaudManchester, 2014/Syawal 1435H

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

1 comments:

Atika Saroni said...

Selamat Hari Raya Lyssa yg berada di perantauan !
Post la new entry lagi ! ☺️

Post a Comment